Pages

Isnin, 6 Februari 2012

Penatnya...(part 2)

Selepas ke Pantai Pasir Tengkorak, kami menghala ke satu lagi tarikan pelancong M'sia yg berkunjung ke Langkawi ini..x lain dan x bukan IDAMAN SURI!!!!hahahaha...tp Idaman suri nie tutup lak hari jumaat..hahaha...istri aku br nk mengidam tp tgk2 pintu die tutup lak..kami mmg xtau yg Idaman Suri ti tutup hari jumaat..kami tau pn dari budak receptionis hotel Akasia ms kami nk check in kt hotel tu.tu pn lps istri aku cume dpt mengidam jer ble tgk pintu Idaman Suri tu tutup..hahahaha...
Lps check in hotel kami berehat sebentar bagi menghilangkn lelah...rehat punye rehat terlajak smpai kul 5 ptg..lps smayang kami pn bersiap utk mengorak langkah kami yang seterusnya iaitu Dataran Helang...parking kt cnie sgt penuh (klau parking free arr) so kami masuk ke kawasan parking berbayar iaitu hanya RM0.20 setiap 20 minit.secara puratanya RM0.01 perminit.murah jer..aku
ingatkn mahal sgt smpai penuh parking luar tu..(cerita psl parking lot lak)..Dataran Helang ini terdapat mercu tanda utama Pulau Langkawi ini iaitu sebuah patung helang yang mengepakkan sayapnya bersedia utk menyusur udara..mercu tanda ini juga menunjukkan bagaimana Pulau Langkawi ini mendapat nama iaitu "Lang" singkatan utk helang dan "Kawi" yang bermaksud perang merah pada zaman melayu dahulu kala.dengan itu, Langkawi bemaksud helang perang merah..mercu tanda yg bersebelahan dgn jeti Kuah ini semestinya menjadi tumpuan pelancong terutama nya mereka yg menggunakan perkhidmatan ferri kerana mercu tanda ini senang untuk dilihat ketika mereka mendarat di jeti Kuah..ms kami ke dataran tu mungkin dataran tu tgh renovation..tu yg nampak cam bnyk lampu kene bukak n lot kedai yg ade kt ctu kosong..mcm biase arr..aktiviti mengambil gambar adalah aktiviti yg akan dibuat bagi mengisi jadual aktiviti di dataran ini..yg lebih manis lagi, kami berpeluang utk menikmati keindahan terbenamnya matahari yg jarang2 kami nikmati bersama (ms becinta dulu pn susah sbb istri aku nie xleh balik umah lambat sgt)..selepas menikmati panorama manis itu kami menghala ke pasar malam yg ada di Pekan Kuah..xder arr besar sgt tp seronok gak arr..so disebabkan ade pasar mlm nie maka kami membuat keputusan utk menikmati sajian dipasar mlm ini dijadikan pengisi perut kami utk mlm ini..selepas mengisi perut, kami mencari tempat utk melepak sambil berfoya-foya dan kami telah memilih Dataran Helang sebagai tempat utk kami berfoya-foya..mungkin sbb renovation nyer psl ms kami sampai kt dataran tu dataran tu sgt gelap..mengambil kira keselamatan kami, maka tempat terbaik utk kami berfoya-foya adalah bilik hotel kami...maka kami menghabiskan sisa2 mlm ketiga kami dgn menonton tv di dalam bilik shj....

Ape Kater Korang LIKE Lepas 2 SHARE

Tiada ulasan: