Pages

Selasa, 14 Februari 2012

Hantu!!!! ke???

Dewasa ini kita sering dimomokkan dengan pelbagai cerita hantu. Terutama sekali filem di negara kita. Filem dan drama yg berkait rapat dengan hantu bagaikan cendawan yg tumbuh selepas hujan. Tak kiralah samada ianya hantu yg sgt menyeramkan, kurang menyeramkan, langsung x seram dan mungkin hantu yg klaka. Bkn nk melaungkan atau menyalak pada dunia yg aku x percaya tentang kewujudan makhluk halus kerna sedangkan aku sendiri pernah melalui pengalaman itu. Tetapi kewujudan filem hantu yang terlalu banyak adakalanya tidak membantu kita atau lebih mudah untuk difahami ialah tidak memberi pengajaran kepada kita. Malah memberitahu kepada masyarakat tentang kehebatan bomoh yang melampaui kekuasaan Allah. Adakalanya ia bagai mempersendakan sesuatu tradisi dan kepercayaan dalam satu-satu kawasan.
Di sini bkn untuk menyatakan yang aku x menyukai karya-karya dari pengarah di negara kita sbb aku sendri pn merupakan peminat filem hasil ciptaan negara kita x kira lah samada filem itu genre seram atau lain2. Tetapi bagi aku sebahagian filem atau drama yg agak kasar klau aku gelarkan sebagai "sampah" menyebabkan industri perfileman di negara kita dipandang serong oleh org luar dan yang lebih memburukkan keadaan lagi pelanggan atau penonton di negara kita sendiri mengutuk keras salah satu cabang seni di negara kita ini. Aku menulis bkn kerna aku membenci tapi ingin membetulkan apa yang salah. Sekiranya ada yang terpanah, hanya maaf yg dipohon.

Ape Kater Korang LIKE Lepas 2 SHARE

Tiada ulasan: