Pages

Selasa, 7 Februari 2012

Berakhirnya satu pengembaraan...

Menjelang hari ke 4 @ hari terakhir kami di langkawi ini adalah hari yg mengundang pelbagai perasaan. Sedih utk meninggalkan Langkawi, dan seronok utk pulang berjumper dgn anak kesayangan kami. Anak yg telah kami tinggalkn selama 4 hari dibawah jagaan wan nya di Palong..
Hari terakhir kami disini banyak dihabiskan dengan mencari tempat utk melepak shj kerana ms kami di sini semakin suntuk. Tidak seperti hari2 yg lain seblum ini, hari ini hanya diperuntukan sehingga pukul 6.30 ptg shj. Oleh itu tempat yg menjadi pilihan kami adalah Taman Lagenda Langkawi. Sebelum kami menghala ke Taman Lagenda Langkawi tiba2 istri tersayang nie teringat sesuatu iaitu Idaman Suri.hahahaha...smalam mengidam jer ari nie nk masuk gak.
Nampaknya istri aku mmg x mengidam ajer arr..ari nie Idaman Suri bukak lak. So gumbira arr hati istri aku. Selepas berjaya mendapatkan parking (sgt terhad parking kt cnie) kami trus ke Idaman Suri. Bile da masuk dalam tu br aku tau kenapa nama tempat nie Idaman Suri. Tempat nie mmg penuh dengan peralatan dapur yg murah2 yg menjadi idaman suri rumah. Dan semestinya hampir 90% pengunjung di dalam Idaman Suri ini adalah suri rumah dari dalam negara kita sendiri. Ble tgk muke para banker @ para suami, ramai yg tertulis kt muke diorg cam tgh mengira braper baki duit dlm wallet (termasuk aku hahahah...). Tp ble korang tgk muke para wanita dlm tu cam tertulis tgh mengira ruang dlm keta tu cukup x nk masukkn sume brg yg da beli kt Idaman Suri. Istri aku yg asalnya tgk2 jer pn sm jd giler cam suri rumah yg lain. Nasib baik die x smpai tahap ilang ingatan, klau x mau mengira ruang gak tu. Dlm sedar x sedar istri aku dapat gak mencapai kuali ngan satu set mangkuk n satu sudip. Keadaan dlm tu mmg pack. Oeg kt dlm tu mcm berebut-rebut. Lps tu bunyi salotep jgn ckp ar..xbrenti.. Akhirnya azab seorang suami berakhir setelah si isteri berjaya menemui jln ke kaunter bayaran..hahahaha...
Selepas Idaman Suri, kami meneruskan perjalanan kami ke Taman Lagenda Langkawi. Taman seluas lebih kurang 50 ekar ini dibina khas untuk menceritakan mengenai lagenda-lagenda yg ada di Langkawi. Terdapat lebih kurang 17 monumen dan setiap monumen mempunyai kisahnya tersendiri. Namun begitu semasa kami melangkah ke dalam taman ini, taman ini seumpama sebuah taman yg telah lama ditinggalkan. Beberapa monumen yg telah rosak tetapi ianya tidak diselenggara dengan baik. Ruang pejalan kaki yg telah rosak dan keadaan tasik buatan yg telah dipenuhi dengan daun2 kering. Serba sedikit ianya telah mencacatkan pemandangan indah yg sepatutnya ada di dalam sebuah taman sekaligus telah menghampakan hati kami utk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai lagenda di Langkawi ini. Secara jujurnya pandangan aku sebagai pelancong taman ini adalah sgt mengecewakan.
Dari taman lagenda ini kami menghala ke Padang Mat Sirat dan singgah di Pekan Kuah utk mkn tgh hari. Dalam perjalanan kami singgah di sebuah perusahaan gamat iaitu perusahaan Nusantara. Mengikut maklumat yg diterima, perusahaan ini berbeza dgn perusahaan lain kerana ianya menyediakan tempat memproses minyak gamat di dalam kawasan perusahaan juga utk dijadikan tontonan umum (xtau arr klau ade kt tmpt lain). Informer juga (informer pn ibu aku sendri) ade menyatakan bahawa minyak gamat yg menggelegak tu boleh dicelup dgn tangan tanpa meninggalkan sebarang kesan melecur kerana kepanasan minyak tersebut adalah kurang daripada kepanasan air ketika mendidih. Aku nk gak celup tgn aku dlm tu tp xde org yg cube pn so aku beranggapan bahawa ianya satu lagenda (satu lg lagenda yg aku xdpt rungkaikan..hahahaha).
Kami meneruskan perjalanan kami dan kami berhenti singgah di Lookout Point di mana permandangan yg disajikan adalah permandangan lapangan terbang. Dari sini kami dpt melihat operasi kapal terbang iaitu pendaratan dan penerbangan kapal terbang. Pemandangan yg mmg tidak dpt dilihat disekitar seremban (sbb xde airport). Istri aku yg kepenatan nie tanpa segan silu melelapkan matanye di sini tanpa menghiraukan pengunjung yg lain. Penat sgt arrr tu. Utk mengisi perut kami pd ptg itu kami singgah disebuah kedai dan laksa kedah menjadi pilihan sajian pd ptg itu.
Oleh kerana masa masih menyebelahi kami, aku membuat keputusan utk pergi ke satu lg tmpt iaitu Awana Porto Malai. Setibanya kami di sana kami sekali lg disajikan dengan satu keindahan pantai yg terdapat di langkawi ini. Di sini jugalah kami menghabiskan ms kami dgn berbual Adakalanya terkenang ms kami bercinta dulu..hahahaha...sedar x sedar ms betul2 mencemburui kami utk sekian kalinya. Maka kami bertolak ke Lapangan terbang utk menaiki flight pulang ke seremban. Kami menghabiskan pengembaraan menari kami di Pulau Langkawi dengan menaiki flight pada pukul 8.50 mlm.

SELAMAT TINGGAL PULAU LANGKAWI.....

Ape Kater Korang LIKE Lepas 2 SHARE

Tiada ulasan: