Pages

Isnin, 30 April 2012

Meh Potong Kuku...


Waktu-waktu Free camnie mmg best utk aku gunekan utk berjalan-jalan sambil minum teh 'o' ais kt blog org nie..tgh merantau sambil menghabiskan teh 'o' ais yg tinggal ais jer nie tetiber jer aku terpandang satu artikel yg sangat menarik. Org rumah aku slalu gak tnyer pasal bende nie n aku x dpt nk menjawab soklan susah nie sbb pada aku hukum xleh nk buat memain klau xder dalil sah yg menyokong hukum tu.

So, bagi menjawab soklan yg susah nie aku telah copy & paste utk korang kongsikan bersamarakan taulan yerk. Klau masih ader kemusykilan yang bersarang lagi kt kepala otak korang, aku sarankan korang cube tnyer pada org yg lebih pakar. Contoh cam Ustaz Don ke, Ustaz Azhar Idrus ke @ Ustaz Mohammad Kazim Elias kompem diorang dpat bg informasi yg lebih baik dari aku...


Memotong Rambut Dan Kuku Dalam Hadas Besar : 

Soalan

  1. Saya ada satu persoalan tentang mandi junub. Jika kita terlupa potong kuku sebelum mandi junub dan selepas itu kita cuba cari kuku yang dipotong tadi untuk dibasuh. Tapi tidak semua kuku yang dipotong dijumpai. Adakah Mandi junub kita itu sah? Atau apa jadi dengan mandi junub kita jika kuku yang dipotong itu tidak dibasuh. Saya harap dapat memberi jawapan kepada persoalan yang saya ajukan ini, semoga kemuskilan saya terjawab. 
  2. Apa hukum potong kuku waktu dalam keadaan uzur syar’ie.?
Jawapan

Terdapat ulamak memakruhkan kita memotong kuku, mencukur/menggunting bulu dan rambut, membuang darah (berbekam) dan seumpamanya semasa sedang berjunub dan semasa haid dan nifas. Mereka ialah Imam al-Ghazali dan Abu al-Faraj as-Syirazi (seorang ulamak dari mazhab Hanbali). Berkata Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin; “Tidak sepatutnya seseorang mencukur rambut, memotong kuku, mencukur bulu kemaluannya serta membuang sesuatu dari badannya pada ketika ia sedang berjunub kerana seluruh juzuk pada badannya akan dikembalikan kepadanya di akhirat kelak, lalu ia akan kembali berjunub.[1] Dikatakan bahawa; setiap bulu (yang dicukurnya ketika berjunub itu) akan menuntut dari tuannya dengan sebab junub yang ada padanya (kerana dicukur ketika sedang berjunub)” (Dinaqalkan dari kitab al-Iqna’, jil. 1, hlm. 91). Mereka berdalilkan hadis yang dikatakan dari Rasulullah s.a.w. yang berbunyi; لا يقلمن أحد ظفراً ، ولا يقص شعراً ، إلا وَهوَ طاهر “Janganlah sesiapa memotong kukunya dan menggunting rambut kecuali ketika ia suci” (Riwayat al-Ismaili dari Saidina ‘Ali r.a.) 

Namun jumhur ulamak tidak bersetuju dengan pandangan tersebut. Menurut mereka; tidak ada dalil dari Nabi s.a.w. yang menegah orang berjunub atau wanita yang sedang haid atau nifas dari melakukan perkara-perkara yang disebut tadi. Adapun hadis di atas, ia adalah munkar dan maudhu’ (yakni palsu), tidak harus sekali-kali dijadikan hujjah (lihat; Syarah Soheh al-Bukhari, oleh; Imam Ibnu Rajab).. Berkata Imam ‘Atha’ (seorang Tabi’in terkenal); “Harus orang yang berjunub untuk berbekam, memotong kuku dan mencukur rambut sekalipun tanpa mengambil wudhuk terlebih dahulu”[2] (Riwayat Imam al-Bukhari). Imam Ahmad tatkala ditanya berkenaan hukum orang berjunub yang berbekam (yakni mengeluarkan darah dari kulitnya), mencukur rambut, memotong kuku dan mewarnai rambut atau janggutnya, ia menjawab; “Tidak mengapa (yakni harus)”. Syeikh Atiyah Saqar dalam fatwanya juga menegaskan; pendapat Imam al-Ghazali itu tidak ada sebarang dalil untuk menyokongnya. Syeikh ‘Atiyah kemudiannya menaqalkan ulasan Imam Ibnu Taimiyyah yang berkata; aku tidak mengetahui ada sebarang dalil yang memakruhkan membuang rambut dan kuku oleh orang berjunub. Malah Nabi s.a.w. ada bersabda kepada orang kafir yang baru masuk Islam; ألق عنك شعر الكفر ثم اختتن “Buangkanlah darimu rambut/bulu kekufuran (yakni rambut/bulu yang tumbuh semasa kamu kafir), kemudian berkatanlah” (HR Imam Ahmad dan Abu Daud dari ‘Uthaim bin Kulaib r.a. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no; 1580). Di dalam hadis di atas Nabi s.a.w. hanya menyuruh orang yang baru masuk Islam itu agar berkhatan dan membuang rambut/bulu di badannya. Tidak ada arahan dari baginda supaya ia melakukannya selepas mandi, menunjukkan bahawa membuang rambut/bulu dan berkhitan itu harus dilakukan sama ada sebelum mandi atau selepas mandi. Wallahu a’lam. 

Rujukan; 1. al-Fatawa; Min Ahsanil-Kalam, Syeikh Atiyah Saqar, 1/438. 2. al-Iqna’, Imam as-Syabini, 1/91. 3. Fathul-Bari (Syarah Soheh al-Bukhari), Imam Ibnu Rajab al-Hanbali, bab al-Junub Yakhruju Wa Yamsyi Fi as-Suq Wa Ghairihi. Nota Kaki; [1] Kembali berjunub kerana bulu, kuku dan rambut yang dibuangnya sebelum mandi itu masih berhadas. [2] Terdapat hadis di mana seorang yang berjunub jika hendak tidur (sebelum mandi wajib), hendak menikmati makanan dan minuman atau hendak kembali bersetubuh dengan isterinya, ia disunatkan mengambil wudhuk terlebih dahulu. Jadi adalah makruh ia melakukan perkara-perkara tersebut tanpa mengambil wudhuk terlebih dahulu. Namun bagi perbuatan mencukur rambut/bulu, memtong kuku dan sebagainya tadi, tidak ada sebarang hadis menyarankan supaya mengambil wudhuk terlebih dahulu sebelum melakukannya. Kerana itu Imam Atha’ menyatakan; harus melakukannya sekalipun tanpa mengambil wudhuk terlebih dulu.

Ape Kater Korang LIKE Lepas 2 SHARE

Tiada ulasan: