Pages

Khamis, 4 Jun 2009

Antara Rokok vs Kesihatan

Apa pandangan kita terhadap rokok? pastinya terdapat pelbagai tanggapan dan pandangan sekiranya kita bercerita tentang rokok. saya tidak menafikan bahawa terdapat golongan yang anti rokok dan ader juga golongan yang pro rokok. Namun tidak dilupakan juga orang yang mengambil jalan tidak menyebelahi mana-mana pihak macam aku (hahahaha). Aku dulu pun seorang pro rokok sbb aku sendri pernah menjadi salah seorang dari perokok tegar yang ada di Malaysia. Aku mula berjinak-jinak dalam bidang ni secara sambilan semenjak aku berada di bangku sekolah lagi. Masa tu aku berada dalam tingkatan dua. Ini semua atas dorongan rakan-rakan dan kehendak sendiri. Tetapi yang pastinya masa tu aku cuma perokok sambilan. Maksud aku kalau ada rokok kt tangan so aku akan isap tapi kalau tak ada aku takkan cari semata-mata untuk melepaskan gian. Dan aku mula berjinak-jinak dengan rokok secara profesional nie masa aku kt poli. Time tu aku dh jadi seorang perokok tegar. Ini pun disebabkan desakan rakan-rakan dan kehendak sendiri hahahahahaha...

Kita kembali balik pada tajuk asal kita.Ada yang mungkin akan menyatakan bahawa rokok ini akan membahayakan kesihatan orang disekeliling dan kesihatan perokok itu sendiri. Penyakit yang bakal dihada pi perokok itu sendiri pun bukan calang-calang penyakit. penyakit yang bakal dihadapi oleh seorang perokok antaranya pelbagai jenis kanser. Antara kanser yang mungkin berlaku seperti kanser paru-paru, kanser tekak, dan macam-macam lagi (eeeiiiiii ngerinyer). Tidak dilupakan juga beberapa penyakit sampingan seperti batuk, kelahiran janin pra matang dan macam-macam lagi. pada pandangan orang yang bukan perokok, perokok tegar nie ade x tergerak hati nk brenti merokok sedang kan diorang tau yang merokok tu membahayakan kesihatan. Kerajaan kita dh buat macam-macam cara nk suh orang kita brenti merokok cam naikkan harga rokok, kempen berhenti merokok, meluaskan lagi kawasan larangan merokok dan yang terbaru letakkan ilustrasi yang mengaitkan tentang bahaya merokok dekat kotak rokok tu tapi hasilnya tetap sama. Macam xder perubahan pada perokok tegar di negara kita. Ketidakberlakunya perubahan tu kita boleh lihaat sendiri sikap yang ada dan memang telah tertanam dengan suburnya dalam diri perokok tegar nie iaitu masih lagi merokok ditempat larangan merokok. Undang-undang dah ada tapi mungkin penguatkuasaan yang tegas masih belum dijalankan dengan baik lagi. Takper, itu pandangan bagi orang yang bukan perokok. Mari kita dengar pula pandangan perokok tegar lak.

Bagi seorang perokok pula, rokok merupakan sesuatu yang amat penting. Malahan adakalanya ianya boleh menjadi lebih penting daripada duit ( jangan terkejut tau). Kalau lah ia lebih penting daripada duit ia tak mustahil ada yang lebih sanggup berlapar daripada merokok. ianya dah menjadi resam pada seorang perokok. Pada mereka Rokok adalah segala-galanya. Kepada awek-awek dan para isteri yang kt luar sane yang pakwe @ suami masing-masing merupakan seorang perokok terpaksa arr korang tahan perangai diorang nie. namun kita xdapat menafikan bahawa bukan semua perokok berperangai begitu. ada gak yang lebih pentingkan bende lain daripada merokok. adakalanya kita xboleh nk salahkan diorang sbb diorang merokok. sesetengah orang merokok sebab diorang xnk mengantuk bila memandu. Kekandang tu saje nk isi masa lapang yang ada (kekadang tu tengah-tengah sibuk pun leh dapat masa terluang).

Pada aku, ape-ape pun terpulang pada individu tu sendiri. Mintak maaf yer kengkawan perokok. Aku dulu pun cam korang gak seorang perokok tegar macam yang aku ader citer ms awal-awal lagi tadi. Tapi skang aku dah berjaya menjadi seorang lelaki yang bersih dari rokok. Petuanya senang jer. Kalau korang betul-betul nak berenti merokok korang dah berenti dh skang nie. Maksud aku "hati". Klau korang kuatkan hati korang akan berjaya berhenti. Petua yang korang dengar cam mkn gula-gula @ minum air bebanyak tu semua hanya membantu sahaja. Pokok pangkalnya hati. Nasihat aku pada semua perokok klau korang nk berenti korang berhenti jer tapi klau korang xnk itu terpulang pokok pangkal hati kita sendiri.

" MARI MENJALANI KEHIDUPAN YANG SIHAT TANPA ROKOK "
Ape Kater Korang LIKE Lepas 2 SHARE

Tiada ulasan: