Pages

Sabtu, 27 Jun 2009

sUnwAy lag00n

Sunway lagoon. Satu lagi pengalaman yang terjadi dalam hidup aku. Pengalaman kali pertama ms kt cnie betul-betul menyeronokkan. Entah bila lagi agaknya dapt merasa pengalaman yang hebat hebat camnie. Yang pastinya pengalaman kali nie bertambah-tambah menyeronokkan dengan kehadiran yang tersayang gak. Nasib baik arr kak long (akak syg) ajak g saner sbb ader family day opis die klau x ntah bile agaknyer aku nk merasa main kt sunway lagoon nie. Ahaks, seronok tu...mari kita lihat gambar-gambar yang menggambarkan keseronokkan di sana tapi malangnya gambar untuk permainan berkaitan dengan air xdapat nk amik sbb takut enset basah.kita tgk jer aper yang ada...

wajah sayang yang tengah genbira


masing-masing sibuk depan kaunter tiket padahal ade lg stengah jam lagi nk bukak


dua orang jejaka yang berjaya meloloskan diri dikalangan beberapa wanita yang mengikuti family day nie


beberapa orang anak melayu yang cube berangan jd anak cowboy


sayang cube mencari binatang untuk dijadikan binatang peliharaan


inilah rupa binatang yang cuba dijadikan binatang peliharaan oleh sayang


wajah kegembiraan empat beradik


jambatan gantung yang panjang dan agak mengerikan


wajah kepenatan yang terpancar dari empat beradik selepas seharian bermain di sunway lagoon


bersama maskot sunway tp xnmpak muka lak (rugi tul)

Inilah gambar yang boleh diambil kt saner. Klau ikutkan banyak lagi gamba tapi xleh nk letak kt snie. Skang nie masa aku tulis post nie pun adik beradik nie sumer dh pengsan kepenatan. Aku jer yang berjaya menguasai kepenatan yang aku mmg tengah tahap maksimum nie. Semangat beb semangat. Hahahahahaha.....


Ape Kater Korang LIKE Lepas 2 SHARE

Khamis, 4 Jun 2009

Antara Rokok vs Kesihatan

Apa pandangan kita terhadap rokok? pastinya terdapat pelbagai tanggapan dan pandangan sekiranya kita bercerita tentang rokok. saya tidak menafikan bahawa terdapat golongan yang anti rokok dan ader juga golongan yang pro rokok. Namun tidak dilupakan juga orang yang mengambil jalan tidak menyebelahi mana-mana pihak macam aku (hahahaha). Aku dulu pun seorang pro rokok sbb aku sendri pernah menjadi salah seorang dari perokok tegar yang ada di Malaysia. Aku mula berjinak-jinak dalam bidang ni secara sambilan semenjak aku berada di bangku sekolah lagi. Masa tu aku berada dalam tingkatan dua. Ini semua atas dorongan rakan-rakan dan kehendak sendiri. Tetapi yang pastinya masa tu aku cuma perokok sambilan. Maksud aku kalau ada rokok kt tangan so aku akan isap tapi kalau tak ada aku takkan cari semata-mata untuk melepaskan gian. Dan aku mula berjinak-jinak dengan rokok secara profesional nie masa aku kt poli. Time tu aku dh jadi seorang perokok tegar. Ini pun disebabkan desakan rakan-rakan dan kehendak sendiri hahahahahaha...

Kita kembali balik pada tajuk asal kita.Ada yang mungkin akan menyatakan bahawa rokok ini akan membahayakan kesihatan orang disekeliling dan kesihatan perokok itu sendiri. Penyakit yang bakal dihada pi perokok itu sendiri pun bukan calang-calang penyakit. penyakit yang bakal dihadapi oleh seorang perokok antaranya pelbagai jenis kanser. Antara kanser yang mungkin berlaku seperti kanser paru-paru, kanser tekak, dan macam-macam lagi (eeeiiiiii ngerinyer). Tidak dilupakan juga beberapa penyakit sampingan seperti batuk, kelahiran janin pra matang dan macam-macam lagi. pada pandangan orang yang bukan perokok, perokok tegar nie ade x tergerak hati nk brenti merokok sedang kan diorang tau yang merokok tu membahayakan kesihatan. Kerajaan kita dh buat macam-macam cara nk suh orang kita brenti merokok cam naikkan harga rokok, kempen berhenti merokok, meluaskan lagi kawasan larangan merokok dan yang terbaru letakkan ilustrasi yang mengaitkan tentang bahaya merokok dekat kotak rokok tu tapi hasilnya tetap sama. Macam xder perubahan pada perokok tegar di negara kita. Ketidakberlakunya perubahan tu kita boleh lihaat sendiri sikap yang ada dan memang telah tertanam dengan suburnya dalam diri perokok tegar nie iaitu masih lagi merokok ditempat larangan merokok. Undang-undang dah ada tapi mungkin penguatkuasaan yang tegas masih belum dijalankan dengan baik lagi. Takper, itu pandangan bagi orang yang bukan perokok. Mari kita dengar pula pandangan perokok tegar lak.

Bagi seorang perokok pula, rokok merupakan sesuatu yang amat penting. Malahan adakalanya ianya boleh menjadi lebih penting daripada duit ( jangan terkejut tau). Kalau lah ia lebih penting daripada duit ia tak mustahil ada yang lebih sanggup berlapar daripada merokok. ianya dah menjadi resam pada seorang perokok. Pada mereka Rokok adalah segala-galanya. Kepada awek-awek dan para isteri yang kt luar sane yang pakwe @ suami masing-masing merupakan seorang perokok terpaksa arr korang tahan perangai diorang nie. namun kita xdapat menafikan bahawa bukan semua perokok berperangai begitu. ada gak yang lebih pentingkan bende lain daripada merokok. adakalanya kita xboleh nk salahkan diorang sbb diorang merokok. sesetengah orang merokok sebab diorang xnk mengantuk bila memandu. Kekandang tu saje nk isi masa lapang yang ada (kekadang tu tengah-tengah sibuk pun leh dapat masa terluang).

Pada aku, ape-ape pun terpulang pada individu tu sendiri. Mintak maaf yer kengkawan perokok. Aku dulu pun cam korang gak seorang perokok tegar macam yang aku ader citer ms awal-awal lagi tadi. Tapi skang aku dah berjaya menjadi seorang lelaki yang bersih dari rokok. Petuanya senang jer. Kalau korang betul-betul nak berenti merokok korang dah berenti dh skang nie. Maksud aku "hati". Klau korang kuatkan hati korang akan berjaya berhenti. Petua yang korang dengar cam mkn gula-gula @ minum air bebanyak tu semua hanya membantu sahaja. Pokok pangkalnya hati. Nasihat aku pada semua perokok klau korang nk berenti korang berhenti jer tapi klau korang xnk itu terpulang pokok pangkal hati kita sendiri.

" MARI MENJALANI KEHIDUPAN YANG SIHAT TANPA ROKOK "
Ape Kater Korang LIKE Lepas 2 SHARE

Isnin, 1 Jun 2009

wajah keGemBiRAAn



Beginilah wajah-wajah kegembiraan orang yang tersayang. Pastinya satu kepuasan dapat dilihat diwajahnya. Walaupun adakalanya wajah ini bersilih ganti dengan kepenatan yang tak terkira namun yang pastinya bila bersama dengan yang tersayang pastinya wajah yang penat itu dapat di sorokkan dengan wajah yang gembira.
seharian bersama yang tersayang pasti membawa kegembiraan yang bagaikan tak berpenghujung. Walaupun hanya seharian namun ia bagaikan tidak tamat kegembiraan yang dilaluinya. Pasti tersenyum sendirian bila dikenang kembali perjalanan yang dilalui ketika itu.
Memang tidak aku nafikan pada ketika itu aku terlalu penat sehinggakan pandangan hampir-hampir gelap. Namun bila melihat wajah kepuasan dan senyum manis yang tersayang, tetap ku kerahkan saki-baki tenaga yang tinggal bagi membolehkan yang tersayang lebih menghayati perjalanan yang akan dilaluinya lagi.

Ape Kater Korang LIKE Lepas 2 SHARE

peRjalanAn daSAr laUT




Gambar-gambar yang menyusun kronologi perjalanan dengan yang tersayang...









Wajah keterujaan orang yang tersayang ketika pertama kali bertemu dengan rakyat dari sungai amazon (ikan pirana). Inilah untuk pertama kalinya aku dan sayangku melihat dengan lebih dekat spesis ikan yang amat ditakuti di sungai amazon. Aku pun xtau betul ke ikan nie seperti yang diwar-war kan oleh orang ramai. Aku cakap takut sbb dari kecik aku dh disogok oleh media dari barat yang mengatakan yang ikan pirana nie ganas dan menakutkan. Entah arrr..nk lebih kepastian mari kita lihat National Geografic hahahahhahaha....






Sayang terus leka melihat kura-kura yang jarang-jarang dapat dilihat di Port Dickson. Pastinya peluang seperti ini tidak akan dilepaskan begitu sahaja kerana nk masuk jer kene bayar RM 28. Lagi pun peluang cam nie bukan selalu pun dapat. Silap-silap sekali seumur hidup.

Sayang mesti bangga bila dapt satu ciuman terima kasih dari salah seekor ikan yang berada di sini.pastinya ciuman itu sebagai tanda terima kasih ikan tersebut kepada sayang kerana sudi melawat mereka yang ntah dah braper lamer diorang kt dalam tu. Eh ikan tu cium awek aku arrr...jahanam!!!!dush!dush!dush!hahahaha...padan ngan muke ko ikan.. Saper suh ko cium sayang aku. Baru puas hati aku. Hahahahahahaha....



untuk pengetahuan korang, nie lah ikan yang pernah difitnah oleh korang. Korang pandai-pandai jer cakap budak kene sumpah jadi ikan ngan mak die.ikan nie xbersalah pun. Kesian ikan nie. Nasib baik ikan nie xder akal cam korang klau x mungkian ikan nie wa sidang akhbar untuk perbetulkan statement yang korangwat. Silap-silap ikan nie dh bawak kes nie ke mahkamah persekutuan. dengan aku-aku skali tertipu ngan korang ceh!!!













Ape Kater Korang LIKE Lepas 2 SHARE

kenangan dan keindahan????

berjalan dengan yang tersayang bakal membawa kita kepada sesuatu dunia indah yang mungkin adakalanya kita dpat jangkakan atau sebaliknya. terpulang kepada individu itu sendiri untuk memimpin kemana arah dan hala tujuan kita dalam mencari keindahan itu samada yg terjangka, tidak terjangka dan mungkin kedua-duanya sekali.

pada aku semua yang aku bawa terdorong menjadi sesuatu yang sangat indah. bukan menyombong diri atau mengangkat hidung setinggi yang mungkin tapi bercerita melalui aper yang diluahkan oleh yang tersayang. kata-kata kepuasan hati meluap-luap bagaikan muntahan larva dari sang gunung berapi.

satu kepuasan yang maksima untuk ku kerana dapat memuaskan seseorang yang kita paling cintai. bagaikan satu hadiah yaang paling berharga dan paling bernilai yang pernah di hadiahkan padaku.

walaupun mungkin pada orang lain ianya cuma sesuatu yang kecil yang lansung tak terlintas dimata si kuman namun dengan sekecil itu sekiranya kita lakukan dengan keikhlasan dan penuh kasih sayang, mungkin dapat meruntuhkan tiga gunung yang berdiri kukuh.

lakukan dengan ikhlas, taburi dengan kasih sayang, pasti setiap saat bersama menjadi satu perjalanan paling indah walaupun hanya sesaat.
Ape Kater Korang LIKE Lepas 2 SHARE