Pages

Jumaat, 8 Jun 2012

Akal Sebagai Pemimpin dan Nafsu Tawanan??




Akal sebagai pemimpin dan nafsu sebagai tawanan

NAFSU adalah musuh manusia yang menjadi laluan syaitan untuk melalaikan dan menyesatkan manusia. Disebabkan nafsu, manusia boleh menjadi tamak haloba, hilang sifat kemanusiaannya hingga sanggup menipu, menyakiti dan mencederakan orang, malah membunuh. Apabila nafsu menguasai diri, hilang belas kasihan sehingga sanggup melakukan apa saja.

Sejak kecil lagi, anak dibekalkan dengan nafsu, ada yang positif dan ada yang negatif. Nafsu perlu dididik sejak kecil dan ibu bapalah yang patut memainkan peranan itu. Imam Al-Ghazali pernah menyarankan supaya anak tidak dimanjakan dengan kesenangan yang menggemukkan hawa nafsu.
Sesekali biarlah anak berasa sedikit kesukaran dalam kehidupannya.
Jangan pula berkata: "Biarlah, itukan budak-budak, nanti besar dididiklah."

Itu sebenarnya pendapat yang salah kerana hakikatnya jika kecil payah dididik, apabila remaja atau dewasa lagilah sukar. Ini kerana nafsu tua mengikut tuannya, lebih meningkat umur, lebih payah dibentuk dan dididik. Fahamkan kepada anak sejak dari kecil mengenai nafsu jahat dan baik. Biasakan anak dengan tuntutan syariat seperti solat, puasa dan aurat supaya ia menjadi kebiasaan serta tabiat.
Bantulah anak menahan nafsu negatif kerana kegagalan mendidik nafsu anak sejak awal, maka melahirkan manusia dewasa yang berbangga melakukan maksiat serta kemungkaran tanpa rasa menyesal. Zaman remaja adalah waktu cabaran hawa nafsunya teramat besar. Lebih-lebih lagi godaan dan dugaan sekeliling seperti budaya berpasangan, hiburan keterlaluan di sana sini, pengaruh dadah, kekayaan dan kemewahan dengan cara salah, kecanggihan internet yang tidak terkawal serta pelbagai lagi.

Manusia yang tidak ada 'pelindung' iman dalam dirinya mudah tewas dan hanyut dengan gelombang nafsunya. Tetapi, manusia berjiwa Islam boleh membezakan perkara yang makruf (baik) dan mungkar (jahat).

Abdullah bin Mas'ud (sahabat Nabi s.a.w) berkata: "Binasalah orang yang tidak membezakan yang makruf dengan yang mungkar."

Senjata menghadapi nafsu adalah Islam, iman, akal dan ilmu.

Seperti kata-kata seorang cendekiawan Islam: "Beruntunglah orang yang menjadikan akalnya sebagai pemimpin dan nafsu sebagai tawanan serta rugilah orang yang menjadikan nafsunya sebagai pemimpin selain akalnya sebagai tawanan."

Justeru, tepuk dada tanya iman. Apakah iman kita mampu mengekang nafsu atau kita hanya mengikut kata nafsu?



Ape Kater Korang LIKE Lepas 2 SHARE

Jumaat, 11 Mei 2012

Merungkai Kebenaran...

Disebabkan Wanita Bernama Noor itulah, Bayi 10 Bulan Selamat
Sekali lagi negara kita digemparkan dengan sesuatu yg sangat menggemparkan iaitu satu rakaman video sepanjang 4 minit 18 saat yang menggunakan telefon bimbit yang berkaitan dengan deraan ke atas seorang bayi berumur 10 bulan oleh seorang manusia yang sepatutnya menjadi pelindung dan pemberi kasih sayang kepada bayi tersebut. namun begitu perlakuan yang berlaku pada tahun 2011 itu telah menyebabkan si perlaku telah dikenakan penjara selama 18 bulan (satu hukuman yang pada aku tidak setimpal dengan ape yg diterima bayi tersebut) dan tidak kurang juga yg tertanyer-tanyer ape pula kisahnya kepada si perakam kisah yg sgt menyanyat hati itu. pastinye ade juga yg menyumpah dan menuduh si perakam bersubahat kerana tidak menghentikan perbuatan tersebut dari terus berlaku.

sedang aku menatap skrin pc aku nie sambil merayap kt blog org aku terjumpa satu artikel psl si perakam nie di sebuah blog iaitu mynewshub..dan kisah sebenarnya klau bkn kerana si perakam ini merakam kisah sedih ini sudah pasti bayi malang tersebut akan terus menjadi mangsa perempuan@ibu yang aku lebih selesa menggelarnya betina (maaf kasar skit).

si perakam atau lebih dikenali sebagai Noor, menyatakan yang beliau terpaksa merakam kisah sedih tersebut adalah untuk dijadikan bukti penderaan dan ikhtiar terakhir untuk menyelamatkan bayi malang itu setelah menasihati berkali-kali "betina" tersebut dari terus mendera bayi malang itu. setelah selesai merakam, Noor terus memeluk bayi tersebut dan berlari ke bilik yg berlainan sebelum menguncinya dari dalam. kemudiannya Noor menghubungi rakannya dan meminta untuk membuat laporan polis.

aku berharap dengan keluarnya artikel nie sekurang-kurangnya jgn difitnah lagi Noor yang merakam kisah sedih ini kerana tanpa Noor mungkin bayi tersebut terus menjadi mangsa dera.

Ape Kater Korang LIKE Lepas 2 SHARE

Isnin, 30 April 2012

Meh Potong Kuku...


Waktu-waktu Free camnie mmg best utk aku gunekan utk berjalan-jalan sambil minum teh 'o' ais kt blog org nie..tgh merantau sambil menghabiskan teh 'o' ais yg tinggal ais jer nie tetiber jer aku terpandang satu artikel yg sangat menarik. Org rumah aku slalu gak tnyer pasal bende nie n aku x dpt nk menjawab soklan susah nie sbb pada aku hukum xleh nk buat memain klau xder dalil sah yg menyokong hukum tu.

So, bagi menjawab soklan yg susah nie aku telah copy & paste utk korang kongsikan bersamarakan taulan yerk. Klau masih ader kemusykilan yang bersarang lagi kt kepala otak korang, aku sarankan korang cube tnyer pada org yg lebih pakar. Contoh cam Ustaz Don ke, Ustaz Azhar Idrus ke @ Ustaz Mohammad Kazim Elias kompem diorang dpat bg informasi yg lebih baik dari aku...


Memotong Rambut Dan Kuku Dalam Hadas Besar : 

Soalan

  1. Saya ada satu persoalan tentang mandi junub. Jika kita terlupa potong kuku sebelum mandi junub dan selepas itu kita cuba cari kuku yang dipotong tadi untuk dibasuh. Tapi tidak semua kuku yang dipotong dijumpai. Adakah Mandi junub kita itu sah? Atau apa jadi dengan mandi junub kita jika kuku yang dipotong itu tidak dibasuh. Saya harap dapat memberi jawapan kepada persoalan yang saya ajukan ini, semoga kemuskilan saya terjawab. 
  2. Apa hukum potong kuku waktu dalam keadaan uzur syar’ie.?
Jawapan

Terdapat ulamak memakruhkan kita memotong kuku, mencukur/menggunting bulu dan rambut, membuang darah (berbekam) dan seumpamanya semasa sedang berjunub dan semasa haid dan nifas. Mereka ialah Imam al-Ghazali dan Abu al-Faraj as-Syirazi (seorang ulamak dari mazhab Hanbali). Berkata Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin; “Tidak sepatutnya seseorang mencukur rambut, memotong kuku, mencukur bulu kemaluannya serta membuang sesuatu dari badannya pada ketika ia sedang berjunub kerana seluruh juzuk pada badannya akan dikembalikan kepadanya di akhirat kelak, lalu ia akan kembali berjunub.[1] Dikatakan bahawa; setiap bulu (yang dicukurnya ketika berjunub itu) akan menuntut dari tuannya dengan sebab junub yang ada padanya (kerana dicukur ketika sedang berjunub)” (Dinaqalkan dari kitab al-Iqna’, jil. 1, hlm. 91). Mereka berdalilkan hadis yang dikatakan dari Rasulullah s.a.w. yang berbunyi; لا يقلمن أحد ظفراً ، ولا يقص شعراً ، إلا وَهوَ طاهر “Janganlah sesiapa memotong kukunya dan menggunting rambut kecuali ketika ia suci” (Riwayat al-Ismaili dari Saidina ‘Ali r.a.) 

Namun jumhur ulamak tidak bersetuju dengan pandangan tersebut. Menurut mereka; tidak ada dalil dari Nabi s.a.w. yang menegah orang berjunub atau wanita yang sedang haid atau nifas dari melakukan perkara-perkara yang disebut tadi. Adapun hadis di atas, ia adalah munkar dan maudhu’ (yakni palsu), tidak harus sekali-kali dijadikan hujjah (lihat; Syarah Soheh al-Bukhari, oleh; Imam Ibnu Rajab).. Berkata Imam ‘Atha’ (seorang Tabi’in terkenal); “Harus orang yang berjunub untuk berbekam, memotong kuku dan mencukur rambut sekalipun tanpa mengambil wudhuk terlebih dahulu”[2] (Riwayat Imam al-Bukhari). Imam Ahmad tatkala ditanya berkenaan hukum orang berjunub yang berbekam (yakni mengeluarkan darah dari kulitnya), mencukur rambut, memotong kuku dan mewarnai rambut atau janggutnya, ia menjawab; “Tidak mengapa (yakni harus)”. Syeikh Atiyah Saqar dalam fatwanya juga menegaskan; pendapat Imam al-Ghazali itu tidak ada sebarang dalil untuk menyokongnya. Syeikh ‘Atiyah kemudiannya menaqalkan ulasan Imam Ibnu Taimiyyah yang berkata; aku tidak mengetahui ada sebarang dalil yang memakruhkan membuang rambut dan kuku oleh orang berjunub. Malah Nabi s.a.w. ada bersabda kepada orang kafir yang baru masuk Islam; ألق عنك شعر الكفر ثم اختتن “Buangkanlah darimu rambut/bulu kekufuran (yakni rambut/bulu yang tumbuh semasa kamu kafir), kemudian berkatanlah” (HR Imam Ahmad dan Abu Daud dari ‘Uthaim bin Kulaib r.a. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no; 1580). Di dalam hadis di atas Nabi s.a.w. hanya menyuruh orang yang baru masuk Islam itu agar berkhatan dan membuang rambut/bulu di badannya. Tidak ada arahan dari baginda supaya ia melakukannya selepas mandi, menunjukkan bahawa membuang rambut/bulu dan berkhitan itu harus dilakukan sama ada sebelum mandi atau selepas mandi. Wallahu a’lam. 

Rujukan; 1. al-Fatawa; Min Ahsanil-Kalam, Syeikh Atiyah Saqar, 1/438. 2. al-Iqna’, Imam as-Syabini, 1/91. 3. Fathul-Bari (Syarah Soheh al-Bukhari), Imam Ibnu Rajab al-Hanbali, bab al-Junub Yakhruju Wa Yamsyi Fi as-Suq Wa Ghairihi. Nota Kaki; [1] Kembali berjunub kerana bulu, kuku dan rambut yang dibuangnya sebelum mandi itu masih berhadas. [2] Terdapat hadis di mana seorang yang berjunub jika hendak tidur (sebelum mandi wajib), hendak menikmati makanan dan minuman atau hendak kembali bersetubuh dengan isterinya, ia disunatkan mengambil wudhuk terlebih dahulu. Jadi adalah makruh ia melakukan perkara-perkara tersebut tanpa mengambil wudhuk terlebih dahulu. Namun bagi perbuatan mencukur rambut/bulu, memtong kuku dan sebagainya tadi, tidak ada sebarang hadis menyarankan supaya mengambil wudhuk terlebih dahulu sebelum melakukannya. Kerana itu Imam Atha’ menyatakan; harus melakukannya sekalipun tanpa mengambil wudhuk terlebih dulu.

Ape Kater Korang LIKE Lepas 2 SHARE

Khamis, 26 April 2012

wajib amik tahu...

Mainan Yahudi yang WAJIB anda tahu! 
  1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para zionis ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut zionis ke nak ikut nabi kita? 
  2. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran zionis ini. 
  3. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. "Sedarkah anda kopi dan daging kambing adalah makanan sunnah nabi??". Hakikatnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.  Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. 
  4. Para zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Orang Melayu kita juga yang ketagih minum coca-cola, pepsi-cola… 
  5. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. Untuk pengetahuan, para zionis agen dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. 
  6. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.. 

Teruskan membongkar kebijaksanaan zionis menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil". 

Ape Kater Korang LIKE Lepas 2 SHARE

upgrade arrr!!!!

oohhhooooiiii!!!!!!
aku da mula nk upgrade akunyer blog nie..walaupn x seberapa tp klau ader sifu-sifu yg nk tolong ajar jgn segan silu nk tolong ajarkan..jgn kedekut ilmu tau.hahahahaha...

tunjuk ajar ku sifu...

*kredit to Lyssa Faizureen
Ape Kater Korang LIKE Lepas 2 SHARE

Isnin, 23 April 2012

Membesar dan terus membesar...

Da hampir 8 bulan peristiwa yg membawa makna yg sgt indah. Peristiwa yg asalnya aku xsanggup lihat akhirnya menjadi satu kenangan yg pastinya akan diingati sampai bile2 kerana peluang sebegini pastinya xsemua lelaki perolehi.

Melihat cahaya mata yg sgt dikasihi membesar dihadapan mata selama hampir 8 bulan ini mengajar tentang susah senang ibu bapa kita membesarkan kita dahulu. Ia juga mengajar aku betapa indahnya kurnia Allah ini.

Dari hanya pandai merengek inginkan susu ummi nyer, kemudian pandai memusingkan badan, pandai merangkak, mendengar "abah" yg menjadi perkataan pertama yg terpacul dari bibir munggilnya itu, dan sekarang dh mula untuk belajar berjalan pula. Ianya menjadi satu lagi pengalaman yg sgt indah.

Namun begitu setiap kali mendengar dan melihat media massa menyiarkan kesanggupan sesetengah manusia berhati binatang yg tanpa belas kasihan menafikan anugerah yg sgt indah ini membuatkan hatiku sentiasa menitiskan air mata. Mereka membiarkan Anugerah ini terkulai layu, bertemankan semut hitam yg menyangkakan hidangan istimewa sudah terhidang dpn mata, dan membiarkan mereka menyangka yg sampah itu adalah rakan mereka.

Kenapa Anugerah ini diperlakukan begitu sekali? Hina sgt kah anugerah ini dihati manusia yg lebih teruk dari syaitan? Apa yg bermain di dalam hati mereka ketika menafikan Anugerah ini? Persoalan yg tiada kesudahan jawapannya...

"ADA HATI YANG MENANGIS KERNAMU"


Ape Kater Korang LIKE Lepas 2 SHARE

Jumaat, 13 April 2012

Sekadar Mengingatkan Ilmu Allah


~*MULAKAN DENGAN BISMILLAH*~ 

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud: "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang." 

*KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH 
  1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
  2. "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi) 
  3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
  4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya. 
  5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik. 
  6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari." 
  7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. " 
  8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya. 
  9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya. 
  10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala. 
  11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
Sabda Rasulullah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...." Bacalah BISMILLAH setiap melakukan sesuatu pekara dan disudahi dengan Alhamdulillah, semoga kita sentiasa dirahmatiNya InsyaAllah Amin Ya Allah...~~



Ape Kater Korang LIKE Lepas 2 SHARE