Pages

Sabtu, 17 Mac 2012

Meeting sedang dilansungkn

Majlis pertunangan mama long dimulakan dengan pembuka bicara oleh pihak keluarga peempuan dengan mengalu-alukan kedatangan kaum kerabat dari sebelah lelaki yg tiba dari Kampung Losong, Kuala Terengganu.
Untuk makluman majlis ini merangkumi majlis risik memandangkan keluarga dari pihak lelaki datang dari jauh maka mereka memutuskan untuk merangkumkan majlis risik dan pertunangan ini menjadi satu majlis.
Untuk majlis merisik pihak perempuan memaklumkan kepada pihak lelaki bahawa yg dirisik masih lagi belum berpunya. Riak wajah kelegaan jelas terpancar diraut wajah pihak merisik. Walaupun sebenarnya pihak lelaki sudah sedia maklum yg pihak yg dirisik masih belum berpunya namun kerana tuntutan adat, majlis risik tetap juga di jalankan.
Untuk majlis pertunangan pula, tarikh pernikahan dan hantaran telah dibincang terlebih dahulu oleh pasangan dan menetapkan majlis akan dilansungkan pada bulan November pada tahun ini juga.
Selepas semua nya di bincangkan dan mendapat persetujuan kedua-dua pihak maka majlis ini di akhiri dengan bacaan doa dan jamuan makan.
Berikut adalah gamba yg sempat diambil utk tatapan umum.

p/s : gamba sarung cincin aku xdpt nk amik sbb ramai sgt pompuan kt dlm bilik 2.

Ape Kater Korang LIKE Lepas 2 SHARE

Tiada ulasan: