Pages

Sabtu, 17 Mac 2012

Cincin yg tersarung..

Nampak nyer cincin2 nie yg akhirnya menjadi pilihan si jejaka untuk disarungkan ke jari si dara. Sebentuk utk si risik dan sebentuk utk si tunang.
Dengan tersarungnye cincin yg terpilih ini maka sudah pasti si dara dan si teruna akan memikul gelaran bakal pengantin. Pastinya gelaran tersebut akan dilaung-laungkan oleh rakan taulan dan kenalan sekeliling. Sudah pastinya ayat yg akan sentiasa menerjah ke rongga telinga si bakal pastinya "jg diri bebaik, awak tu DARAH MANIS".
DARAH MANIS pastinye menjadi halwa telinga bile cincin tersemat cantik. Tetapi kalau terlalu banyak disogok dengan halwa pasti adakalanya memualkan selera. Terpulang pada rongga telinga yg menerima halwa itu. Ape2 pn tahniah kepada pemilik jari yang dililit cincin terpilih ini.
"TAHNIAH SI DARAH MANIS"

Ape Kater Korang LIKE Lepas 2 SHARE

Meeting sedang dilansungkn

Majlis pertunangan mama long dimulakan dengan pembuka bicara oleh pihak keluarga peempuan dengan mengalu-alukan kedatangan kaum kerabat dari sebelah lelaki yg tiba dari Kampung Losong, Kuala Terengganu.
Untuk makluman majlis ini merangkumi majlis risik memandangkan keluarga dari pihak lelaki datang dari jauh maka mereka memutuskan untuk merangkumkan majlis risik dan pertunangan ini menjadi satu majlis.
Untuk majlis merisik pihak perempuan memaklumkan kepada pihak lelaki bahawa yg dirisik masih lagi belum berpunya. Riak wajah kelegaan jelas terpancar diraut wajah pihak merisik. Walaupun sebenarnya pihak lelaki sudah sedia maklum yg pihak yg dirisik masih belum berpunya namun kerana tuntutan adat, majlis risik tetap juga di jalankan.
Untuk majlis pertunangan pula, tarikh pernikahan dan hantaran telah dibincang terlebih dahulu oleh pasangan dan menetapkan majlis akan dilansungkan pada bulan November pada tahun ini juga.
Selepas semua nya di bincangkan dan mendapat persetujuan kedua-dua pihak maka majlis ini di akhiri dengan bacaan doa dan jamuan makan.
Berikut adalah gamba yg sempat diambil utk tatapan umum.

p/s : gamba sarung cincin aku xdpt nk amik sbb ramai sgt pompuan kt dlm bilik 2.

Ape Kater Korang LIKE Lepas 2 SHARE

Die pn nk jugak!!!

Dalam hari org tgh sibuk2 ngan majlis tunang mama long rayyan, rayyan pn sibuk gak nk memeriahkan majlis nie..mcm biase arr rayyan jd pelakon utama majlis nie mengalahkan mama long die..hahahaha....

Ape Kater Korang LIKE Lepas 2 SHARE

Tahniah!!!!

Arie nie family mertua aku memasing sibuk..huhuhu..arie nie mama long rayyan nk tunang...yayyy!!!(suke tul rayyan).mama long mesti nervous nye skang nie..ape2 nnt aku akan upload gamba perjalanan majlis tunang nie. Stakat nie gamba yg kt bwh nie je yg aku dpt upload.

Ape Kater Korang LIKE Lepas 2 SHARE