Pages

Selasa, 10 Ogos 2010

KKedatangan tetamu bernama Ramadhan

Ramadhan kembali mengetuk pintu hati semua umat islam. Pada hati yang masih berkelubung dengan hawa nafsu, pada hati yang penuh dengan bait-bait indah, pada hati yang terlupa tentang sesuatu yang pernah terukir indah, dan pada hati yang masih mencari sesuatu. Asal setiap bibir pernah menutur kalimah syahadah, Ramadhan akan sentiasa hadir untuk menjemput setiap ummat itu bertaubat, mengingat dan mengingati, melafazkan dan membenarkan, mengubah dan berubah, dan mencari disebalik yang terzahir di depan mata.

Bersyukur kepadaNya kerana kita masih diberi peluang untuk membuka mata melihat susana Ramadhan yang hanya akan berkunjung tamu sekali setahun dan adakalanya ianya untuk kali yang terakhir kepada mereka yang diseru bertemuNya terlebih dahulu. Nikmati dan hargai apa yang terzahir di hadapan mata. Fahami, lafazkan, dan zahirkan apa yang terselindung disebalik yang terselindung dalam hati sanubari.

Insyaallah, dengan kehadiran Ramadhan yang mulia ini janganlah kita memuliakan dengan kata-kata sahaja kerana apa yang datang dari hati tak sama dengan apa yang kita pegang dalam hati sanubari.

Jazzakallah kepada mereka yang memahami isi yang datang dari hati sanubari.

Ape Kater Korang LIKE Lepas 2 SHARE