Pages

Khamis, 9 Disember 2010

9 jenis anak syaitan - Part 1

Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah SWT.

3. A'awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah SWT. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim - (# BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.



Ape Kater Korang LIKE Lepas 2 SHARE

Selasa, 10 Ogos 2010

KKedatangan tetamu bernama Ramadhan

Ramadhan kembali mengetuk pintu hati semua umat islam. Pada hati yang masih berkelubung dengan hawa nafsu, pada hati yang penuh dengan bait-bait indah, pada hati yang terlupa tentang sesuatu yang pernah terukir indah, dan pada hati yang masih mencari sesuatu. Asal setiap bibir pernah menutur kalimah syahadah, Ramadhan akan sentiasa hadir untuk menjemput setiap ummat itu bertaubat, mengingat dan mengingati, melafazkan dan membenarkan, mengubah dan berubah, dan mencari disebalik yang terzahir di depan mata.

Bersyukur kepadaNya kerana kita masih diberi peluang untuk membuka mata melihat susana Ramadhan yang hanya akan berkunjung tamu sekali setahun dan adakalanya ianya untuk kali yang terakhir kepada mereka yang diseru bertemuNya terlebih dahulu. Nikmati dan hargai apa yang terzahir di hadapan mata. Fahami, lafazkan, dan zahirkan apa yang terselindung disebalik yang terselindung dalam hati sanubari.

Insyaallah, dengan kehadiran Ramadhan yang mulia ini janganlah kita memuliakan dengan kata-kata sahaja kerana apa yang datang dari hati tak sama dengan apa yang kita pegang dalam hati sanubari.

Jazzakallah kepada mereka yang memahami isi yang datang dari hati sanubari.

Ape Kater Korang LIKE Lepas 2 SHARE

Selasa, 23 Mac 2010

bERSepAh

sEnandUNg malam bERheMBus leMBUt, berHembUS lEMbUt meNErANgkan mAKSUd, MaksUD kerINDuan kePAda yaNG seLAYakNya, lAYAk mencIPta gETARan diHAti saNUBari, beRGEtar haTi sanuBARi taNpa bICARa lidAh, hANya Dia yang tERSEmat di HAti terUKir kEMAs di dADa.

kerINDuan hiNGGa meNITis Air mATA nAMun tiDak kelihaTAN dek paNDANgan. KerindUAN yaNG DISAMpaikaN taNPa beRSua muKA. berHEMBus saNg anGin menGETarkaN jIWa yAng MEnGINGinkanMu wAHai keKASih yANg seNTIAsa mENErimAku. meneRIMaku yaNg seNTIasa terSUNGkur diTArik pendUSta. KEKasiH yaNg seNTIasa meNYAmBUt kaTA-kaTAKu taNPa bAnYAk bICAra.

nAFSu yAng senTIAsa diPEtik peNDUSta. beRGOlak bAk gELOra lauTAn yaNG mAHU meNelAN pelAYArnYA.beRKAt kAPal yaNG teGUh bARU diBIna, beRLAyarlAH waHAi peLAYar berlayar membelah lautan bergelora.kemudilah kapalmu dengan teratur walau tidak sempurna supaya ia sentiasa berlandaskan mengikut maksud yang diterangkan si Penama. Jangan tersasar jauh dan terus terhanyut kerana percaya kata-kata pendusta.

Ape Kater Korang LIKE Lepas 2 SHARE